|
Lee Koh |
Ikan
Lee Koh atau
Common Carp merupakan sejenis ikan yang taburannya amat
sedikit di Malaysia. Berat ikan ini dikatakan mampu mencapai puluhan kg.
Namun baru-baru ini ikan lekoh muncul di sebatang sungai di parlimen Jerlun Kedah dengan jumlah yang agak besar. Hal ini telah menyebabkan
fenomena pesta memancing ikan lekoh telah menyerang kawasan ini.
Pemancing mula membanjiri sungai Jerlun tidak kira usia untuk menawan
ikan ini dan mengambil peluang yang jarang kali muncul ini.
|
Lokasi Sg Jerlun |
Dikatakan rasa ikan lekoh sangat sedap dan sangat digemari oleh
masyarakat cina di kawasan ini. Oleh hal yang demikian, pemancing tegar
sanggup menunggu berjam-jam berusaha untuk mendapatkan lesen ikan ini.
Boleh dilihat pada hujung minggu ramai pemancing yang memasang khemah
dan berkampung selama lebih 20 jam menunggu tarikan ikan idaman mereka.
Lebih 5kg dedak yang dijadikan umpan habis digunakan dalam tempoh
tersebut. Walaupon tiada sambaran yang mendatang mereka masih tidak
berputus asa.
|
Menanti ikan Lee Koh |
Umpan Lee Koh
Sepanjang tempoh pesta ini, pelbagai jenis resepi umpan dedak yang
dicipta oleh pemancing kerana ikan ini agak culas untuk memakan umpan
biasa. Antara resepi umpan dedak adalah campuran bahan seperti buah
mengkudu masak, pisang, pandan, perut ayam, budu dan gabungan lain yang
yang mempunyai rasa dan aroma yang boleh meransang deria ikan sejauh
berkilometer. Umpan kujam sahaja telah habis berpuluh kilogram bagi
memastikan ikan lekoh terus singgah di sungai ini. Kreativiti pemancing
yang tinggi menjadikan pesta lekoh lebih menyeronokan pada orang yang
memerhati gelagat pemancing di sini.
No comments:
Post a Comment