Friday, February 5, 2016

Pesta Lee Koh di Jerlun Kedah


Lee Koh
Ikan Lee Koh atau Common Carp merupakan sejenis ikan yang taburannya amat sedikit di Malaysia. Berat ikan ini dikatakan mampu mencapai puluhan kg. Namun baru-baru ini ikan lekoh muncul di sebatang sungai di parlimen Jerlun Kedah dengan jumlah yang agak besar. Hal ini telah menyebabkan fenomena pesta memancing ikan lekoh telah menyerang kawasan ini. Pemancing mula membanjiri sungai Jerlun tidak kira usia untuk menawan ikan ini dan mengambil peluang yang jarang kali muncul ini.

Lokasi Sg Jerlun
Dikatakan rasa ikan lekoh sangat sedap dan sangat digemari oleh masyarakat cina di kawasan ini. Oleh hal yang demikian, pemancing tegar sanggup menunggu berjam-jam berusaha untuk mendapatkan lesen ikan ini. Boleh dilihat pada hujung minggu ramai pemancing yang memasang khemah dan berkampung selama lebih 20 jam menunggu tarikan ikan idaman mereka. Lebih 5kg dedak yang dijadikan umpan habis digunakan dalam tempoh tersebut. Walaupon tiada sambaran yang mendatang mereka masih tidak berputus asa.

Menanti ikan Lee Koh

Umpan Lee Koh
Sepanjang tempoh pesta ini, pelbagai jenis resepi umpan dedak yang dicipta oleh pemancing kerana ikan ini agak culas untuk memakan umpan biasa. Antara resepi umpan dedak adalah campuran bahan seperti buah mengkudu masak, pisang, pandan, perut ayam, budu dan gabungan lain yang yang mempunyai rasa dan aroma yang boleh meransang deria ikan sejauh berkilometer. Umpan kujam sahaja telah habis berpuluh kilogram bagi memastikan ikan lekoh terus singgah di sungai ini. Kreativiti pemancing yang tinggi menjadikan pesta lekoh lebih menyeronokan pada orang yang memerhati gelagat pemancing di sini.