Memancing perlu ada caranya.
|
Pakcik Aziz dan Saya |
Kehidupan manusia tidak lari dari terikat dengan
undang-undang dan adat yang diperturunkan bagi menjaga tingkah laku kita.
Disini saya senaraikan beberapa pantang larang yang beloh dijadikan panduan
sebelum, ketika dan selepas memancing. Setiap pantang larang ada hikmah bagi
pemancing
1. Elakan
melangkah alatan memancing
|
Ikan ruan langkah bok |
|
Pantang larang ini merupakan pantang larang yang
paling lama dan paling top yang telah diperturunkan oleh pemancing dari zaman
dahulu kala lagi dan dikatakan akan soi/suyei/sae yakni tidak akan mendapat
ikan jika melangkah joran memancing.
Secara logiknya pantang larang ini ialah kerana
orang dahulu mencari rezeki dengan bercucuk tanam dan mengumpul hasil hutan.
Maka untuk medapatkan lauk terpaksalah mereka berburu atau memancing (masa
sebelum kehadiran Tesco) jadi orang orang dahulu sangat menghormati alatan
memancing kerana digunakan untuk mencari rezeki dan selalunya diletakan pada
tempat yang tinggi agar tidak di langkah.
2. Tidak
boleh memakai cincin
Kebanyakan pemancing yang tidak langsung atau kurang
memakai cincin berbanding golongan bukan pemancing (Selalunya mengalahkan Dukun
Degawan) kerana menyebabkan kita tidak mendapat ikan @bangau.
Tidak mendapat ikan bila memakai cicin bukanlah
kerana aura batu cincin atau penjual cincin menjampi cincin itu untuk
mendajalkan anda namun kerana sisa benda asing yg terlekat di antara cincin dan
jari anda.
Semasa anda
makan atau melakukan aktiviti harian seperti mencuci kereta pasti terdapat
sedikit sisa yang terlekat pada kawasan celah cincin itu, selepas itu anda pula
menyediakan umpan untuk memancing. Sisa makanan atau bahan kimia telah
berpindah kepada umpan pancing menyebabkan ikan yg sensitive tidak akan
menyentuh umpan anda. Cuba anda bayangkan sisa sambal belacan melekat pada
umpan anda, ada ke tidak ikan yg berminat. (setahu saya belom ada ikan yg makan
cacing cicah sambal belacan)
3. Jangan
merokok
Ini bukanlah iklan anti merokok seperti di kaca
television tetapi merupakan antara sebab yang menyebabkan anda menjadi seekor
bangau jika merokok semasa memancing.
Perkara ini bukanlah sebab ikan tidak suka perokok
namun isunya adalah pada tembakau yang ada pada rokok. Cubalah anda search di
internet cara menainkan ikan pari di laut anda pasti sedar kesan tembakau
kepada ikan.
4. Berhenti
sebelum Magrib
|
Waktu senja |
|
Jika anda memancing berhampiran dengan rumah
pulanglah dahulu kerana waktu tersebut makluk halus mula berkeliaran. Jika jauh
di dalam hutan masuklah kedalam khemah dahulu. Jika anda perasan pada masa
inilah ikan seolah-olah makin rancak memakan umpan.
Perkara ini dianjurkan bukanlah kerana ada jembalang
kepala tiga yang suka makan pemancing keluar pada masa itu, namun untuk menyeru
kita supaya menunaikan solat magrib kerana waktu magrib agak singkat jika
dilengah-lengahkan.
5. Berjalan
perlahan-lahan
Jika berjalan terlalu cepat dan kasar ikan yg ada
pada lubuk tersebut akan terkejut dan lari dari lubuk tersebut. Kadang kala
bunyi terpijak ranting sudah cukup menakutkan ikan.
6. Jangan
tamak
Anda kena bezakan aktiviti memancing dengan aktiviti
nelayan. Jika anda ingin membawa balik berguni-guni ikan sila beli pukat
harimau atau pukat tunda. Aktiviti memancing bukanlah untuk menunjukan
kebolehan anda menghabiskan segala isi perut sungai atau lombong. Bak kata
pepatah orang tamak selalu rugi.
7. Jangan
bawa orang yang tidak minat memancing
Ini merupakan pantang larang yang paling besar dalam
dalam segala pantang larang. Perkara ini bukan saja menyebabkan anda bangau
malah boleh menaikan darah anda.
Perkara yang dinyatakan diatas hanyalah cakap-cakap
orang dahulu dan pengalaman sendiri dan tidak akan mendatangkan apa-apa musibah
atau dosa jika tidak mengikutnya. Rezeki sesungguhnya datang daripada ALLAH
s.w.t dan janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara yang Syirik dan
Khurafat yang boleh mendatangkan dosa.
TRIBUTE FOR UNCLE AZIZ (teacher, friend and mentor) ..... AL-FATIHAH