Thursday, October 15, 2015

IKAN ASING GANGGU EKOSISTEM MALAYSIA

Pengenalan spesis ikan dari luar negara berbahaya

Ikan yang terdapat di negara luar seperti spesis ikan Pike, Arapaima, Pirana, Pacu, Sturgeon dan banyak lagi, dilihat sangat berpotensi untuk mendatangkan manfaat kepada industri memancing dan ekonomi di Malaysia. Hal ini boleh dilihat apabila negara luar mendapat pendapatan lumayan melalui spesis ikan yang bernilai tinggi seperti Ikan Sturgeon yang mana telur (caviar) ikan tersebut bernilai berpuluh ribu ringgit sekilogram.

Ikan Sturgeon


Selain itu spesis ikan seperti Pike sangat digemari oleh pemancing kerana sifatnya yang ganas digemari oleh pemancing. Sama juga seperti ikan Pacu yang sangat tinggi daya tarungnya. Namun hakikat kita cuba memperkenalkan ikan ini ke perairan Malaysia boleh mengundang masalah kepada ikan tempatan.

Isu semasa berkaitan dengan pengenalan ikan dari luar negara masuk ke Malaysia boleh dilihat dengan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan ikan sturgeon di Sungai Kuala Tahan, Pahang.
Niat baik kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat sangat dialu-alukan namun risiko pengenalan ikan asing ke negara ini perlu difikirkan.

Antara risiko pengenalan spesis ikan asing di negara seperti berikut:
  • kepupusan ikan tempatan
  • kemusnahan ekosistem
  • ancaman keselamatan
  •  pembiakan campuran


Pengenalan Spesis asing dia Amerika (USA)



Niat baik kerajaan amat-amat dialualukan namun kesan setiap tindakan perlu difikirkan secara telus agar tidak mengakibatkan kesan buruk kepada negara.

Etika, Adap & Pantang dalam Memancing


Memancing perlu ada caranya.

Pakcik Aziz dan Saya

Kehidupan manusia tidak lari dari terikat dengan undang-undang dan adat yang diperturunkan bagi menjaga tingkah laku kita. Disini saya senaraikan beberapa pantang larang yang beloh dijadikan panduan sebelum, ketika dan selepas memancing. Setiap pantang larang ada hikmah bagi pemancing

 

1.    Elakan melangkah alatan memancing


Ikan ruan langkah bok
 
        Pantang larang ini merupakan pantang larang yang paling lama dan paling top yang telah diperturunkan oleh pemancing dari zaman dahulu kala lagi dan dikatakan akan soi/suyei/sae yakni tidak akan mendapat ikan jika melangkah joran memancing. 
 
Secara logiknya pantang larang ini ialah kerana orang dahulu mencari rezeki dengan bercucuk tanam dan mengumpul hasil hutan. Maka untuk medapatkan lauk terpaksalah mereka berburu atau memancing (masa sebelum kehadiran Tesco) jadi orang orang dahulu sangat menghormati alatan memancing kerana digunakan untuk mencari rezeki dan selalunya diletakan pada tempat yang tinggi agar tidak di langkah.


2.    Tidak boleh memakai cincin
Kebanyakan pemancing yang tidak langsung atau kurang memakai cincin berbanding golongan bukan pemancing (Selalunya mengalahkan Dukun Degawan) kerana menyebabkan kita tidak mendapat ikan @bangau.
Tidak mendapat ikan bila memakai cicin bukanlah kerana aura batu cincin atau penjual cincin menjampi cincin itu untuk mendajalkan anda namun kerana sisa benda asing yg terlekat di antara cincin dan jari anda.

 Semasa anda makan atau melakukan aktiviti harian seperti mencuci kereta pasti terdapat sedikit sisa yang terlekat pada kawasan celah cincin itu, selepas itu anda pula menyediakan umpan untuk memancing. Sisa makanan atau bahan kimia telah berpindah kepada umpan pancing menyebabkan ikan yg sensitive tidak akan menyentuh umpan anda. Cuba anda bayangkan sisa sambal belacan melekat pada umpan anda, ada ke tidak ikan yg berminat. (setahu saya belom ada ikan yg makan cacing cicah sambal belacan)

3.    Jangan merokok
Ini bukanlah iklan anti merokok seperti di kaca television tetapi merupakan antara sebab yang menyebabkan anda menjadi seekor bangau jika merokok semasa memancing.
Perkara ini bukanlah sebab ikan tidak suka perokok namun isunya adalah pada tembakau yang ada pada rokok. Cubalah anda search di internet cara menainkan ikan pari di laut anda pasti sedar kesan tembakau kepada ikan.


4.    Berhenti sebelum Magrib

 
Waktu senja


Jika anda memancing berhampiran dengan rumah pulanglah dahulu kerana waktu tersebut makluk halus mula berkeliaran. Jika jauh di dalam hutan masuklah kedalam khemah dahulu. Jika anda perasan pada masa inilah ikan seolah-olah makin rancak memakan umpan.
Perkara ini dianjurkan bukanlah kerana ada jembalang kepala tiga yang suka makan pemancing keluar pada masa itu, namun untuk menyeru kita supaya menunaikan solat magrib kerana waktu magrib agak singkat jika dilengah-lengahkan.

5.    Berjalan perlahan-lahan
Jika berjalan terlalu cepat dan kasar ikan yg ada pada lubuk tersebut akan terkejut dan lari dari lubuk tersebut. Kadang kala bunyi terpijak ranting sudah cukup menakutkan ikan.

6.    Jangan tamak




Anda kena bezakan aktiviti memancing dengan aktiviti nelayan. Jika anda ingin membawa balik berguni-guni ikan sila beli pukat harimau atau pukat tunda. Aktiviti memancing bukanlah untuk menunjukan kebolehan anda menghabiskan segala isi perut sungai atau lombong. Bak kata pepatah orang tamak selalu rugi.

7.    Jangan bawa orang yang tidak minat memancing
Ini merupakan pantang larang yang paling besar dalam dalam segala pantang larang. Perkara ini bukan saja menyebabkan anda bangau malah boleh menaikan darah anda.



Perkara yang dinyatakan diatas hanyalah cakap-cakap orang dahulu dan pengalaman sendiri dan tidak akan mendatangkan apa-apa musibah atau dosa jika tidak mengikutnya. Rezeki sesungguhnya datang daripada ALLAH s.w.t dan janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara yang Syirik dan Khurafat yang boleh mendatangkan dosa.

 TRIBUTE FOR UNCLE AZIZ (teacher, friend and mentor) ..... AL-FATIHAH