Thursday, October 15, 2015

IKAN ASING GANGGU EKOSISTEM MALAYSIA

Pengenalan spesis ikan dari luar negara berbahaya

Ikan yang terdapat di negara luar seperti spesis ikan Pike, Arapaima, Pirana, Pacu, Sturgeon dan banyak lagi, dilihat sangat berpotensi untuk mendatangkan manfaat kepada industri memancing dan ekonomi di Malaysia. Hal ini boleh dilihat apabila negara luar mendapat pendapatan lumayan melalui spesis ikan yang bernilai tinggi seperti Ikan Sturgeon yang mana telur (caviar) ikan tersebut bernilai berpuluh ribu ringgit sekilogram.

Ikan Sturgeon


Selain itu spesis ikan seperti Pike sangat digemari oleh pemancing kerana sifatnya yang ganas digemari oleh pemancing. Sama juga seperti ikan Pacu yang sangat tinggi daya tarungnya. Namun hakikat kita cuba memperkenalkan ikan ini ke perairan Malaysia boleh mengundang masalah kepada ikan tempatan.

Isu semasa berkaitan dengan pengenalan ikan dari luar negara masuk ke Malaysia boleh dilihat dengan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan ikan sturgeon di Sungai Kuala Tahan, Pahang.
Niat baik kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat sangat dialu-alukan namun risiko pengenalan ikan asing ke negara ini perlu difikirkan.

Antara risiko pengenalan spesis ikan asing di negara seperti berikut:
  • kepupusan ikan tempatan
  • kemusnahan ekosistem
  • ancaman keselamatan
  •  pembiakan campuran


Pengenalan Spesis asing dia Amerika (USA)



Niat baik kerajaan amat-amat dialualukan namun kesan setiap tindakan perlu difikirkan secara telus agar tidak mengakibatkan kesan buruk kepada negara.

Etika, Adap & Pantang dalam Memancing


Memancing perlu ada caranya.

Pakcik Aziz dan Saya

Kehidupan manusia tidak lari dari terikat dengan undang-undang dan adat yang diperturunkan bagi menjaga tingkah laku kita. Disini saya senaraikan beberapa pantang larang yang beloh dijadikan panduan sebelum, ketika dan selepas memancing. Setiap pantang larang ada hikmah bagi pemancing

 

1.    Elakan melangkah alatan memancing


Ikan ruan langkah bok
 
        Pantang larang ini merupakan pantang larang yang paling lama dan paling top yang telah diperturunkan oleh pemancing dari zaman dahulu kala lagi dan dikatakan akan soi/suyei/sae yakni tidak akan mendapat ikan jika melangkah joran memancing. 
 
Secara logiknya pantang larang ini ialah kerana orang dahulu mencari rezeki dengan bercucuk tanam dan mengumpul hasil hutan. Maka untuk medapatkan lauk terpaksalah mereka berburu atau memancing (masa sebelum kehadiran Tesco) jadi orang orang dahulu sangat menghormati alatan memancing kerana digunakan untuk mencari rezeki dan selalunya diletakan pada tempat yang tinggi agar tidak di langkah.


2.    Tidak boleh memakai cincin
Kebanyakan pemancing yang tidak langsung atau kurang memakai cincin berbanding golongan bukan pemancing (Selalunya mengalahkan Dukun Degawan) kerana menyebabkan kita tidak mendapat ikan @bangau.
Tidak mendapat ikan bila memakai cicin bukanlah kerana aura batu cincin atau penjual cincin menjampi cincin itu untuk mendajalkan anda namun kerana sisa benda asing yg terlekat di antara cincin dan jari anda.

 Semasa anda makan atau melakukan aktiviti harian seperti mencuci kereta pasti terdapat sedikit sisa yang terlekat pada kawasan celah cincin itu, selepas itu anda pula menyediakan umpan untuk memancing. Sisa makanan atau bahan kimia telah berpindah kepada umpan pancing menyebabkan ikan yg sensitive tidak akan menyentuh umpan anda. Cuba anda bayangkan sisa sambal belacan melekat pada umpan anda, ada ke tidak ikan yg berminat. (setahu saya belom ada ikan yg makan cacing cicah sambal belacan)

3.    Jangan merokok
Ini bukanlah iklan anti merokok seperti di kaca television tetapi merupakan antara sebab yang menyebabkan anda menjadi seekor bangau jika merokok semasa memancing.
Perkara ini bukanlah sebab ikan tidak suka perokok namun isunya adalah pada tembakau yang ada pada rokok. Cubalah anda search di internet cara menainkan ikan pari di laut anda pasti sedar kesan tembakau kepada ikan.


4.    Berhenti sebelum Magrib

 
Waktu senja


Jika anda memancing berhampiran dengan rumah pulanglah dahulu kerana waktu tersebut makluk halus mula berkeliaran. Jika jauh di dalam hutan masuklah kedalam khemah dahulu. Jika anda perasan pada masa inilah ikan seolah-olah makin rancak memakan umpan.
Perkara ini dianjurkan bukanlah kerana ada jembalang kepala tiga yang suka makan pemancing keluar pada masa itu, namun untuk menyeru kita supaya menunaikan solat magrib kerana waktu magrib agak singkat jika dilengah-lengahkan.

5.    Berjalan perlahan-lahan
Jika berjalan terlalu cepat dan kasar ikan yg ada pada lubuk tersebut akan terkejut dan lari dari lubuk tersebut. Kadang kala bunyi terpijak ranting sudah cukup menakutkan ikan.

6.    Jangan tamak




Anda kena bezakan aktiviti memancing dengan aktiviti nelayan. Jika anda ingin membawa balik berguni-guni ikan sila beli pukat harimau atau pukat tunda. Aktiviti memancing bukanlah untuk menunjukan kebolehan anda menghabiskan segala isi perut sungai atau lombong. Bak kata pepatah orang tamak selalu rugi.

7.    Jangan bawa orang yang tidak minat memancing
Ini merupakan pantang larang yang paling besar dalam dalam segala pantang larang. Perkara ini bukan saja menyebabkan anda bangau malah boleh menaikan darah anda.



Perkara yang dinyatakan diatas hanyalah cakap-cakap orang dahulu dan pengalaman sendiri dan tidak akan mendatangkan apa-apa musibah atau dosa jika tidak mengikutnya. Rezeki sesungguhnya datang daripada ALLAH s.w.t dan janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara yang Syirik dan Khurafat yang boleh mendatangkan dosa.

 TRIBUTE FOR UNCLE AZIZ (teacher, friend and mentor) ..... AL-FATIHAH

Sunday, April 19, 2015

CARA MEMANCING IKAN BESAR

Ikan Bersaiz Besar Bukan Lagi Angan-Angan

 



Artikal kali ini mungkin sesuian saya tujukan kepada para pemancing baru yang terjebak dalam dunia hanyir pancingan melalui kepesatan teknologi terkini penyebaran maklumat seperti Facebook, Twiter, insatgram, U tube dan sbgnya. Pada zaman-zaman 90-an dan awal 20-an tidak banyak maklumat dapat disebarkan kerana kekangan teknologi namun kini, ramai pemancing baru yang tersangkut dalam hobi ini akibat diracun dengan pelbagai foto dan video yang dikongsikan oleh kaki-kaki pancing dari seluruh dunia contoh terdekat yang paling popular ialah pancingan ikan Patin Mekong dari kolam di Thailand yang membanjiri media social pada masa kini.

 Ramai penonton video ini bercita-cita untuk mendapatkan ikan seperti itu. Maka bagaikan cacing kepanasan kedai alatan memancing dikunjungi. Saya menulis berdasarkan fakta dimana rakan-rakan sebaya yang dahulunya mengabiskan masa di padang bola kini bergelap di tepi sungai dan lombong. 

Bagi ahli yang mampu bolehlah terus ke lokasi video dirakam untuk memancing namun kepada pemancing baru yang kureng modal, parit, sungai dan lombong menjadi tempat taruhan.



Disini terdapat beberapa petua/teknik yang boleh digunakan jika mahu memperolehi ikan besar dengan 5K.


1.    Kenal pasti spesis ikan
Setiap jenis ikan mempunyai cara tertentu untuk ditawan. Dapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh mengenai ikan tersebut seperti tabiat, lokasi pembiakan, musim, pergerakan, dan diet. Semakin banyak maklumat mengenai ikan tersebut semakin cerah peluang anda. Contonya ikan Patin gemar kawasan yang air yang dalam manakala ikan Jelawat gemar kawasan berkayu.

2.    Kenal pasti lokasi
 Sungai dan lombong tinggal merupakan lokasi terbaik untuk mencuba namun terdapat beberapa factor perlu diambil kira seperti kebersihan lokasi. Kebanyakan ikan sukakan kawasan bersih... (HUH.... Tu semua orang tau)  
Seterusnya tahap tekanan memancing di kawasan tersebut. Jika di kawasan kolam atau lombong terlalu banyak aktiviti perikanan berlaku, kemungkinan terdapatnya ikan yg bersaiz idaman mungkin sangat tipis ( dalam 15% ja). Namun kolam/lombong yang kurang diteroka mempunyai harapan yg tinggi untuk mendapatkan ikan bersaiz besar, namun kawasan ini sangatlah berbahaya ( Hampa bukan budak2 pon kan, takut apa.... kecuali anda memang budak-budak) Keselamatan haruslah diutamakan.
Berlainan pula dengan sungai yang airnya mengalir ikan akan selalu berhijrah sepanjang sungai tersebut jadi takdak masalah sangat.


3.    Kenal pasti penghuni
Jenis ikan yg belainan mempunyai tanda-tanda yang tersendiri ditunjukan di permukaan air..... (yang nie kena pandai-pandai sendiri, nak ajaq tiga hari taip pon x cukop)
 Selalunya olakan yang besar di permukaan merupakan bukti yg cukup untuk kita mula memancing. Pemerhatian yang lama diperlukan untuk mendapatkan bukti spesis ikan yg ada di situ agar anda tidak terlalu membuang masa.

4.    Kenal pasti diet ikan
Terdapat ikan yang hanya memerlukan roti sandwish untuk dipancing dan ada ikan yang memerlukan umpan yg lebih komplek. Umpan yang mengeluarkan bau sangat sesuai untuk ikan seperti Patin yang merupakan sepsis catfish yg menggunakan deria bau untuk mencari makan.


5.    Kenal pasti waktu
Percaya atau tidak ikan mempunyai waktu makan seperti manusia seperti breakfast, lunch dan dinner. Kebanyakan sepsis ikan aktif pada awal pagi dan tengahari. Ikan bersaiz besar lebih kerap makan dari 15 minit hingga 30 minit.


Demikian serba sedikit petua yang boleh diperaktikan oleh para pemancing yang baru menceburkan diri dalam aktiviti ini. Pada yang otai serta pakar diluar sana, menggunkan gerak hati dan haki pon dah cukup kerana pengalaman selama bertaun-taun. Iktiar dan sabar juga perlu selain nasib dan rezeki dari ALLAH s.w.t