Tuesday, September 30, 2014

Isu Memancing di Malaysia

Industri Memancing Boleh Jana Ekonomi Negara

Malaysia merupakan surga memancing yang amat kaya dengan pelbagai jenis hidupan akuatik yang boleh diketengahkan dan dipopularkan kepada kalangan pemancing di luar negara. Pelbagai jenis ikan yang boleh dijadikan 'game fish' terdapat dlam perairan darat dan laut di Malaysia seperti ikan Tapah, Haruan, Toman, Belida, Kelah, Sebarau, Kaloi, Patin dan sebagainya.

Di negara-negara seperti Jepun, Amerika dan China telah memartabatkan aktiviti memancing sebagai sukan yang sama taraf dengan sukan Golf dan Lumba Kereta dengan menawarkan hadiah sehingga jutaan dolar. Apa yang dianjurkan mereka bukanlah seperti pertandingan memancing kolam yang selalu dianjurkan di negara ini. Mereka lebih kepada mengalakan pemancing mencari sendiri ikan di kawasan pertandingan.

Negara kita memang sudah mula mengajurkan pertandingan peringkat antarabangsa seperti Billfish Challenge di negeri Pahang yang dilihat sangat berjaya dalam penganjuranya. Kejayaan seperti ini sepatutnya boleh membuka mata pihak berwajib untuk memperbanyakan lagi acara seperti ini dan menaiktarafkan lagi infrasruktur untuk penganjuran sukan memancing hingga ketahap profesional.

Royal Pahang Billfish International Challenge 2014

Memang ada acara memancing seperti di luar negara di Malaysia Seperti acara Boat On the Road di Tasik Kenyir namun ianya masih bersifat 'local' pada hal kualiti acara yang dianjurkan boleh mencapai tahap antarabangsa yang sebenar dengan teknik promosi yang betul.




Kita harus berani mencuba untuk menambah pendapatan negara dalam bidang pelancongan berasaskan sukan.


Sumber: google
              Tourism Malaysia

Tuesday, September 23, 2014

IKAN SEMBILANG Kuala Tunjang, Kedah

 Ikan berbisa, Sedap di makan.

 

 

         Ikan Sembilang seperti yang sudah dikenali oleh kaki pancing merupakan ikan berupa seperti ikan keli namun habitatnya adalah di kawasan air masin atau payau. Rasanya yang enak menyebabkan ikan Sembilang ini menjadi buruan kaki pancing dan menjadikan harga pasaran ikan ini agak mahal sehingga Rm 25.00 sekilogram.



Ikan Sembilang
Ikan Sembilang sangat digemari oleh penduduk terutamanya penduduk di negeri Kedah, Perlis dan Perak. Hal ini menyebabkan ia sentiasa di cari di pasar pagi atau jeti nelayan. Namun AWAS duri atau sengat yang berada pada badan ikan ini sangat berbisa kerana ianya boleh mendatangkan kesakitan yang amat sangat ataupun kematian.

Walaupun hanya tergores sedikit oleh duri Sembilang anda boleh merasai penangan ikan Sembilang ini boleh menjadikan anda insaf untuk mendapatkan ikan Sembilang pada masa hadapan.  

Percayalah.... Saya dah pernah kena...


 Sembilang Kuala Tunjang, Kedah

Ikan sembilang Kuala Tunjang

 

Ini adalah lokasi popular memancing ikan Sembilang di Kawasan Parlimen Jerlun/Ayer Hitam. Pintu kuala yang meluahkan air yang deras menjadikan pancingan ikan di sini sangat mencabar. Sudah berpuluh-puluh tahun lokasi ini menjadi "port" yang popular sehingakan pada masa ikan ini banyak didapati, kawasan ini berubah seperti pesta memancing. Umpan yang digunakan juga sangat berbeza dan seperti memancing ikan Sembilang di tempat lain yang akan saya huraikan pada "entry" yang lain

Kawasan tandop/ jeti Kuala Tunjang Kedah

 100% pemancing yang berkunjung di Kuala Tunjang hanyalah bertujuan untuk merasai cabaran memancing ikan Sembilang di sini. Jika anda berkunjung dan berjaya menaikan ikan Sembilang di sini anda akan menjadi "legend" dalam kalangan kaki pancing disini. Ada akan tahu betapa payahnya untuk memancing ikan Sembilang di sini jika anda berkunjung ke sini. Jika kurang berpengalaman, akan kosong kotak pancingan anda.

Ada Bran....










Monday, September 22, 2014

IKAN UBI sukar dipancing


IKAN UBI, KETUTU, SOON HOCK, HANTU.


Ikan Ubi bercorak batik/camo

       Ikan Ubi atau ikan "Hantu" amat dikenali oleh kaum Cina di Malaysia hal in demikian kerana rasa isinya yang manis dan kebaikan ikan ini untuk kecantikan. Ikan ini diberi jolokan ikan hantu kerana sifatnya yang gemar mencari makan pada waktu malam dan tidur atau kurang aktif pada waktu malam. Selalunya ikan ini amat sukar dipancing kerana gemar tinggal di bawah reba dan malas untuk mencari makan secara mengejar mangsanya.

Saiz Ikan Ketutu


        Namun bagi anda yang mengetahui lubuk ikan tersebut bolehlah menangkapnya dengan cara menahan taut atau tumang. Hal ini kerana peluang untuk mendapatkan ikan ini lebih cerah kerana anda tidak perlu berada ditempat tersebut pada masa yang lama.


Sungai Habitat Ikan Ubi

       Taut diletakan di lubuk ikan tersebut mestilah diletakan umpan yang sesuai untuk menarik perhatian dan selera ikan ini untuk makan umpan anda dan selebihnya bergantung kepada rezeki anda.



Antara jenis umpan yang sesuai untuk menarik perhatian ikan Ubi seperti yang berikut:

Ikan Temekong

         Ikan Temekong merupakan ikan yang lazim berada dihabitat ikan Ubi sesuai dijadikan umpan dengan memotong ikan Temekong ini secara berketul-ketul. Bau ikan ini yang hanyir akan menarik perhatian ikan Ubin untuk memakannya.


Ikan Lampam


Ikan lampam yang mempunyai isi berwarna putih dan lembut sangat diminati oleh ikan Ubi. Dipotong secara ketul sebesar ibu jari. Sesuai juga dibuat umpan pancingan untuk ikan Ubi.


Anak Puyu
Ikan Puyu kecil atau anak Puyu juga digemari oleh ikan ubi. Ia dijadikan umpan hidup untuk menarik perhatian ikan Ubi melalui pergerakan ikan Puyu.


Selamat Mencuba.











Wednesday, February 19, 2014

SALAM PERKENALAN

BLOG INI DITERBITKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT TENTANG DUNIA PANCINGAN DAN INFO-INFO TENTANG ILMU MEMANCING. DIHARAP ILMU YG DISAMPAIKAN DAPAT MENJADI MANGFAAT KEPADA PEMBACA YANG SAYA HORMATI.